Kehidupan zaman sekarang

        KEHIDUPAN ZAMAN SEKARANG
  Pada era kini,kita dapat melihat pelbagai jenis ragam manusia yang ditonjolkan melalui perwatakan seseorang ketika bercakap ataupun melalui cara berjalan.Saya sebagai seorang manusia mampu mengatakan bahawa kehidupan ini hanyalah tempat untuk kita saling hormat-menghormati,bertolak ansur antara satu sama lain,tidak mempunyai sifat membenci antara satu sama yang lain dan sebagainya.Semangat kasih sayang antara satu sama lain perlu dipupuk tidak kira sama ada bangsa dan umur.Semangat kasih sayang yang tinggi dapat menjauhkan diri daripada sifat anti-perkauman.Sifat maki memaki hamun semakin meningkat dalam kalangan remaja dan warga emas dapat merosakkan akhlak dan moral  seseorang.Mengeluarkan-perkatan kesat ketika berbicara antara rakan,guru,sanak saudara dan ahli keluarga.Sifat seperti ini perlu dicegah dari sekarang agar generasi seterusnya tidak terpengaruh.

 Seterusnya, pemimpin yang tidak tidak bertanggungjawab dan amanah terhadap sesuatu perkara.Pemimpin pada zaman sekarang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Pemimpin sekarang kurang mengambil berat dalam hal ehwal ekonomi mahupun masyarakat setempat.Pada pendapat saya,masalah kewangan semakin rumit pada zaman kini kerana kurangnya perancangan mengatur strategik perbelanjaan ekonomi.Perancancangan awal strategik  sangat penting dalam menentukan ekonomi sesuatu negara.Hidup sebagai seorang pemimpin merupakan jawatan yang paling berat dalam memikul sesuatu tugasan yang sama adil dalam sistem pemerintahan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu tc candle

Hidup seorang student IPTS

tuntutlah ilmu sehingga berjaya